memnuhkan ilmu didada .

Assalamualaikum.. jarang betul aku update blog aku.. Actually dah tak banyak idea yang muncul dalam diri aku ketika serta waktu ini.. huhu!! hari ini aku nak post sesuatu sebab aku mendapat semangat dan nasihat dari orang yang jauh lebih muda dari aku.. disebabkan aku telah berubah menjadi amat pendiam, dia telah menasihatkan aku untuk lebih banyak berinteraksi dan bersosial untuk mengembalikan ceria aku yang dahulu.. kata-katanya membuatkan aku berfikir sebentar.. ini kali pertama aku berfikir secara serious setelah lama tidak berfikir secara serious.. lantaran itu buatkan aku lebih bersemangat untuk ke majlis-majlis ilmu yang bakal diadakan di meru mahupun bukit kapar ini.. tapi aku nak post hari ini bukan berkenaan kata-kata semangat itu.. aku disini ingin menge'post' berkenaan kuliah maghrib oleh imam muda ASYRAF..

bercerita mengenai kuliah ini, pada mulanya aku terasa amat janggal kerana tidak pernah ke masjid ini melainkan untuk solat jumaat sahaja.. ini kerana tempat ini boleh dikatakan agak jauh dari tempat tinggalku..namun aku kuatkan hati kerana ingin menambah ILMU DIDADAKU yang kosong ini.. lantaran pada awal kuliah kelihatan amat bosan kerana imam ASYRAF umpama mahu memberi kuliah mengenai imam.. setelah berapa lama, barulah kuliah sebenar bermula mengenai kisah nabi dan rakan-rakan ketika zaman perang tabu.. tatkala mendengar cerita dan teladan yang terdapat dalam kuliah ini,hatiku tersentak.. bertambah sentak pabila imam ASYRAF berkata anak-anak sepatutnya menjadi imam ketika solat jenazah ibu bapa sendiri.. ini kerana anak-anak pasti memohon dengan betul-betul ikhlas terhadap Allah S.W.T untuk ibu bapa kita.. terasa syahdunya hati aku ketika mendengar itu.. tambahan aku merupakan satu-satunya anak lelaki yang tunggal dalam kalangan adik beradik aku.. memang amat menyedihkan jika aku tiada disisi keluarga..

melalui kuliah ini, aku dapat rasakan NUR yang diberi oleh Allah kepada aku untuk menghadiri lebih banyak majlis ilmu.. aku harap aku akan lebih banyak menghadirinya selepas ini.. sampai sini saja.. anneos ^^

*terlampau mengarut ayat aku ^^